Wednesday, April 1, 2009

PANDUAN IBADAH DI MEDEN (Siri 2)

SEKSYEN 5
(PANDUAN DI MARKAS TAKTIKAL ATAU DI PANGKALAN)

14. Waktu Sampai. Markas Taktikal atau pangkalan itu hendaklah dipagarkan dengan Ayat Kursi atau ayat-ayat lain. Cara memagar adalah seperti berikut:

a. Ambil kayu, tongkat atau sebarang alat dan gariskan ke tanah mengelilingi kawasan itu sambil membaca Ayat Kursi sehingga sampai ke garis permulaan.

b. Jika Ayat Kursi itu sudah habis dibaca sedangkan garis permulaan belum sampai, maka baca Ayat Kursi semula dan tamatkan bacaannya pada garis permulaan.

c. Semasa melakukan perkara tersebut, kedudukan badan orang yang menggaris hendaklah berada di sebelah dalam kawasan yang digaris.

15. Jika sekiranya zikir dan doa di Markas Taktikal atau di pangkalan diamalkan, insya Allah kita akan senantiasa berada di dalam keadaan selamat, berjaya zahir batin dari kejahatan manusia, jin atau binatang buas. Antaranya:

a. Zikir pagi petang, baca tiga kali :
أَعُوْذُ ِباللهِ السَّمِيْعِ اْلعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

b. Kemudian baca ayat 21-24 Surah Al-Hasyr :
لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ {21} هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ {22} هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ {23} هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ {24}

c. Baca tiga kali:
أَعُوْذُ ِباللهِ السَّمِيْعِ اْلعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

Maksud Zikir : “Aku mohon perlindungan dengan Allah yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui daripada syaitan yang direjam.”

d. Baca tiga kali zikir ini semoga dijauhi dari kebakaran dan kebinasaan :
أَعُوْذُ ِبكَلِمَاتِ اللهِ التََّامَّاتِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
Maksud Zikir : “Aku mohon perlindungan dengan berkat kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari sebarang kejahatan apa yang Ia ciptakan”

e. Baca tiga kali zikir ini, Insya Allah dijauhi dari racun dan kebakaran :
بِسْمِ اللهِ اَّلذِى لا َيضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِى الاَرْضِ وَلا فِى السَّماَءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
Maksud Zikir : “ Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun mendapat mudarat berserta namanya baik di bumi mahupun di langit.”

f. Baca sepuluh kali zikir ini semoga memudahkan segala urusan kerja serta dijauhkan dari bala:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ وَلا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ ِالا بِاللهِ العَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maksud Zikir : “ Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha pemurah. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha tinggi lagi Maha agung.”

g. Baca tujuh kali zikir ini, insya Allah kerja berat akan jadi mudah :
حَسْبُنَا اللهُ وَ ِنعْمَ الْوَكِيْلُ
Maksud Zikir : “Memadailah Allah untuk kami dan dialah sebaik-baik pelindung.”

h. Baca tiga kali Ayat Kursi (Al-Baqarah: 255):
اللّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ {255}
j. Baca tiga kali ayat ini (At-Taubah: 128-129):
لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ {128} فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ {129}

k. Baca Surah Yasin dan doanya.


16. Meronda atau Keluar Memburu Musuh.

a. Seelok-eloknya mempunyai wuduk.

b. Hukum suci adalah seperti berikut :

(1) Pakaian dihukum suci walaupun dikotori oleh daki, tanah dan peluh.
(2) Hendaklah beristinjak dengan air atau batu ketika buang air.
(3) Dihukum najis bila dikotori oleh najis.

c. Kalau tidak memudaratkan, sunat berazan sebelum keluar.

d. Bacalah zikir secara perlahan waktu mencari, bertemu dan bertempur dengan musuh.


SEKSYEN 6
(PERTEMPURAN)



17. Zikir dan Amalan Bila Bertemu Musuh

a. Musuh lebih daripada seorang :
اَللَّهُمَّ ِإِّنى اَجْعَلُكَ فِى نُحُوْرِ هِمْ وَ اَعُوْذُبِكَ مِن ْشُرُورِهِمْ
Maksud Zikir : “ Ya Allah, Sesungguhnya aku menyerahkan kepadaMu untuk menguasai leher-leher mereka dan aku memohon perlindungan denganmu daripada kejahatan-kejahatan mereka.”

b. Musuh seorang diri :
اَللَّهُمَّ ِإِّنى اَجْعَلُكَ فِى نُحُوْرِ هِ وَ اَعُوْذُبِكَ مِن ْشَرِّهِ
Maksud Zikir : “ Ya Allah, aku menyerahkan kepadaMu untuk menguasai lehernya dan aku mohon perlindungan denganmu daripada kejahatannya,”
c. Diikuti dengan bacaan : (50 kali)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

18. Waktu Berlaku Pertempuran.

a. Baca Doa :
اََللَّهُمَّ اَنْتَ عَضُدِي وَ نَصَرِي وَبِكَ اَحُوْلُ وَبِكَ اَصُوْلُ وَبِكَ اُقَتِلُ اَللَّهُمَّ مُنْزِلَ الكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَ هَازِمَ الاَحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبُّنَا وَرَبُّهُمْ وَقُلُوبُناَ وَقُلُوبُهُمْ بِيَدِكَ وَاِنَّماَ يَغْلِبُهُمْ اَنْتَ
Maksud Zikir : “ Ya Allah, Engkaulah pengukuhku dan pembantuku. DenganMu aku bergerak dan denganmu aku melompat dan denganMu aku berjuang.”
“Ya Allah, Tuhan yang menurunkan al-Kitab dan yang menjalankan awan dan yang memusnahkan angkatan-angkatan. Musnahkanlah mereka dan tolonglah kami untuk menewaskan mereka.”
“Ya Allah Engkaulah Tuhan kami dan Tuhan mereka. Hati-hati kami dan hati-hati mereka dalam kekuasaanmu, sesungguhnya Engkau sahajalah yang mengalahkan mereka.”

19. Zikir Sewaktu Hendak Tidur.

a.
يَااَرْضُ رَبِّى وَرَبُّكِ الله اَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شَرِّكَ وَشَرِّ ماَ فِيْكَ وَشَرِّ ماَ خُلِقَ فِيْكَ وَ شَرِّ ماَ يَدُبُّ عَلَيْكِ اَعُوْذُبِكَ مِنْ اَسَدٍ وَاَسْوَدٍ وَ مِنَ الحَيَّةِ وَاْلعَقْرَبِ وَمِنْ ساَكِنِ الْبَلَدِ َومِنْ وَالِدٍ وَمَا وَلَدْ
Maksud Zikir : “Wahai bumi, Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan apa yang ada padamu dan kejahatan apa yang diciptakan padamu dan kejahatan apa yang melata di atasmu. Aku memohon perlindungan denganmu daripada singa (binatang buas) dan manusia dan daripada ular dan kala jengking dan daripada penghuni tempat ini dan daripada syaitan dan apa yang ia lahirkan.”

b. Baca bismillah sebanyak 21 kali hadiah kepada kaum muslimin.

c. Kemudian baca ayat berikut ke atas kedua belah tapak tangan, dan tiupkan :

(1) Surah Al-Ikhlas قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ sekali.

(2) Surah Al-Falaq قُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّّ الْفَلَقِ sekali.

(3) Surah An-Nas قُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّّ النَّاسِ sekali.

d. Selepas itu disapukan ke seluruh badan yang mana sampai oleh tangan. Buatlah peraturan dari a. Hingga c. Itu sebanyak tiga kali. Insya Allah selamat dari segala bala kejahatan.

20. Doa Balik dari Pertempuran. Lafaznya ialah :
آيِبُوْنَ تاَئِبُوْنَ عاَبِدُوْنَ لِرَبِّناَ حاَمِدُوْنَ
Maksud Doa : “ Kami adalah orang yang telah kembali,golongan yang bertaubat dan
hamba-hamba Tuhan kami serta golongan yang memuji (Tuhan kami).”

Apabila tiba waktu sembahyang sedangkan pertempuran masih berterusan, sembahyang hendaklah dilakukan mengikut cara yang tertulis di bawah Perkara Am Seksyen 9.

No comments:

Post a Comment