Friday, April 3, 2009

TINJAUAN AMALAN TAREQAT KEPERLUAN, KRITIKAN DAN HARAPAN

Syaikh Zakaria Al-Kandahlawi di dalam kitabnya “Al-Syari’at Wa Al-Tareqat” berkata:

الطريقة في الواقع هي اسم ثان للاحسان المذكور (أي في قوله صلي الله عليه وسلم)
او انها الطريقة التي يمكن بها الحصول علي صفة الاحسان , وهو الذي يقول له التصوف او السلوك.

Tareqat sebenarnya adalah nama lain daripada Ihsan (iaitu yang disebut di dalam hadith Rasulullah SAW) atau ia merupakan jalan yang dengannya dapat diperolehi sifat Ihsan, dan ia juga dinamakan tasawwuf atau suluk.

Beliau juga telah menceritakan bahawa datuk beliau, Syaikh Muhammad Ismail Al-Kandahlawi, ketika menyatakan keinginannya untuk memperoleh sebahagian taklimat tentang tareqat daripada Imam Al-Kankuhi, maka Imam Al-Kankuhi bertanyakan beliau:

هل الاعمال التي تحافظ عليها هذه حصلت لك فيها درجت الاحسان؟

“Apakah amalan-amalan yang anda pelihara ini mencapaikan anda kepada martabat Ihsan?” Beliau menjawab: “نعم, حصلت “Ya, tercapai.”

Al-Kankuhi berkata:

اذن فلا حاجة لك الي اية تعليمات, لان الاشتغال باشغال الصوفية بعد الحصول على مرتبة الاحسان مثله كمن يدرس كتاب "كريما" (وهى الكتاب التى تدرس فى الابتداءية اللغة الفرسية ) بعد ان يكون قد فرغ من دراسة كتاب "كلستان بوستان" (من كتب الادب الكبيرة فى اللغة الفرسية), وهذا ظاهر ان هذا فيه تضييع محض للوقت, لذا فان اشتغا لك باشغال المشا يخ ما هو الا تضييع محض للوقت , لذا فان اشتغالك باشغال المشايخ ما هو الا تضييع للوقت ومعصية.

“Jika demikian, maka anda tidak memerlukan sebarang taklimat, kerana menyibukkan diri dengan kerja-kerja sufiyyah setelah memperoleh martabat Ihsan adalah seumpama orang yang mempelajari kitab “Krima” (iaitu kitab bahasa Parsi yang dipelajari di sekolah rendah) setelah selesai mempelajari kitab “Kalstan Bustan” (iaitu yang termasuk kitab kesusasteraan Parsi yang besar). Yang demikian adalah jelas membuang masa. Kerananya menyibukkan diri anda dengan kerja-kerja masyayikh hanyalah perbuatan membuang masa dan ia merupakan maksiat".


Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulum Al-Din, menerangkan bahawa ilmu jalan ke akhirat itu ada dua bahagian, iaitu ilmu mukasyafah dan ilmu mu’malah.

Ilmu mukasyafah ialah apa yang dituntut daripadanya sekadar mengetahuinya saja dan tidak ada keizinan untuk menyimpannya di dalam kitab-kitab, meskipun ia merupakan puncak yang dituju oleh para penuntut dan menjadi hasrat pandangan para siddiqin, kerana ia adalah ilmu batin yang menjadi tujuan terakhir segala ilmu. Adapun ilmu mu’amalah, ia merupakan jalan kepadanya.

Para nabi tidak menerangkan kepada orang ramai melainkan mengenai ilmu yang merupakan jalan atau petunjuk kepada ilmu mukasyafah. Adapun mengenai ilmu mukasyafah itu sendiri, maka mereka tidak menerangkan mengenainya melainkan dengan menggunakan simbol-simbol dan isyarat sebagai memberi contoh dan kesimpulan, kerana mereka mengetahui ceteknya kefahaman orang ramai untuk mencernakannya. Para ulama adalah pewaris nabi, maka tidak ada jalan bagi mereka untuk berpaling daripada mengikuti jejak para nabi tersebut.

Ilmu mukasyafah ialah ibarat cahaya yang muncul di dalam hati ketika dibersihkan dan disucikan daripada sifat-sifatnya yang tercela, yang dengan sebabnya tersingkap banyak perkara yang sebelumnya hanya didengar nama-namanya dan digambarkan maknanya secara mujmal, tidak jelas. Maka dengan cahaya yang muncul tersebut menjadi jelas sehingga diperoleh ma’rifat yang hakiki atau sebenarnya mengenai zat, af’al dan sifat-sifat Allah yang kekal lagi sempurna, mengenai hikmat penciptaan dunia dan akhirat, mengenai erti kenabian dan nabi, erti syaitan, cara permusuhan syaitan terhadap manusia, cara pertembungan tentera malaikat dengan tentera syaitan di dalam hati, mengenal perbezaan antara bisikan malaikat dengan bisikan syaitan, mengenal akhirat, syurga, neraka, azab kubur, sirat, mizan, hisab dan sebagainya.

Dengan ilmu mukasyafah dimaksudkan terangkatnya tirai yang menutupi sehingga jelas yang hak atau yang sebenarnya dalam semua perkara tersebut sejelas memandang atau melihatnya dengan mata, di mana tidak ada keraguan lagi. Hal yang demikian adalah mungkin bagi diri manusia, jika cermin hatinya tidak lagi diselaputi oleh karat yang tebal daripada kotoran dunia.

Sesungguhnya yang dimaksud dengan ilmu jalan ke akhirat ialah ilmu mengenai cara menggosok cermin hati tersebut dan membersihkannya daripada kotoran-kotoran yang menjadi dinding penghalang daripada Allah SWT dan daripada mengenali sifat-sifat dan af’alNya. Cara membersihkan dan mensucikannya adalah dengan mencegahnya daripada mengikuti hawa nafsu atau syahwat, dan dengan mengikuti jejak para nabi a.s. dalam segala keadaan mereka. Maka mengikut kadar yang menjadi terang daripada hati yang mengarah kepada yang hak, nescaya akan menjadi terang pulalah hakikat-hakikatnya. Tidak ada jalan untuk ke sana melainkan dengan latihan dan dengan ilmu dan pengajaran.

Adapun ilmu mu’malah, yang merupakan jalan kepada ilmu mukasyafah, terbahagi kepada dua bahagian: pertama, ilmu zahir, iaitu ilmu yang berkaitan dengan amalan anggota badan; dan ia terbagi kepada adat dan ibadat. Kedua, ilmu batin, iaitu yang berkaitan dengan amalan hati atau dengan sifat-sifat yang ada di dalam hati yang juga terbagi kepada yang terpuji dan yang tercela.

Yang terpuji daripada sifat-sifat hati, seperti sabar, syukur, takut, harap, reda, zuhud, taqwa, qana’ah (menerima dan reda dengan apa yang diberi oleh Allah dalam segala keadaan), ihsan, baik sangka, baik pergaulan, jujur dan ikhlas. Mengenali hakikat sifat-sifat ini, batasan-batasannya, sebab-sebabnya yang dengannya ia diperoleh, buah atau natijahnya, tanda-tandanya, cara mengubati yang lemah daripadanya dan cara mengembalikan yang hilang daripadanya adalah termasuk ilmu jalan ke akhirat.

Adapun yang tercela daripadanya, seperti takut kefakiran, dengki, dendam, busuk hati, penipu, gila pangkat, gila pengaruh, gila kuasa, suka dipuji, sombong, riya’, pemarah, keras kepala, permusuhan, benci, tamak, kikir, angkuh, kufur nikmat, mengagungkan orang kaya, bangga, menganggap diri mulia, malu menerima kebenaran, sibuk dengan kecacatan atau kekurangan orang lain sehingga lupa kecacatan atau kekurangan diri sendiri, ‘ujub, nifaq, cintakan dunia, cinta harta, gopoh, tidak mempunyai perasaan malu, kasar hati, tidak mempunyai perasaan belas kasihan, lalai dan sebagainya. Sifat-sifat tersebut dan yang seumpamanya daripada sifat-sifat hati yang tercela ini merupakan tempat tersemainya kekejian dan tempat tumbuhnya segala macam perbuatan yang dilarang. Adapun lawannya, iaitu sifat-sifat yang terpuji merupakan sumber segala perbuatan taat dan ibadat atau pendekatan diri kepada Allah. Maka ilmu tentang batasan-batasan segala sifat-sifat ini, hakikat-hakikatnya, sebab-sebabnya, buah atau natijahnya dan cara mengubatinya merupakan ilmu jalan akhirat, dan merupakan ilmu fardhu ‘ain, mengikut fatwa para ulama akhirat.

PENGURUSAN ISLAM MENGGANTIKAN PENGURUSAN BARAT

PENGURUSAN ISLAM MENGGANTIKAN PENGURUSAN BARAT

Sejak kejatuhan Empayar Uthmaniyyah di Turki di tangan bapa sekular Kamal Atatuk, LaknatulLah, bersama-sama kuncu Baratnya, kegemilangan tamadun Islam turut pupus. Walaupun di zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah, Institusi Hisbah telah berjalan dengan pesat dan lancar, malah bidangkuasanya serta struktur Hisbah juga telah diperkemas dan diperluaskan. Asas Hisbah telah diperkenalkan oleh Junjungan Besar kita Nabi s.a.w. dengan objektif dan niat untuk memenuhi prinsip menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kemudian diperkemaskan oleh Khalifah Abu Bakar as Siddiq dan Khalifah Umar al Khattab dan seterusnya oleh khalifah-khalifah di zaman Umayyah dan Abbasiyah.

Bermula dari bidang tugas yang tertumpu kepada urusan mengawasi kegiatan perniagaan dan kehidupan di pasar, ia telah berkembang meliputi bidang kehidupan politik, sosial dan ekonomi yang tiada batasnya. Bidang tugas ini berubah dan berkembang tanpa menyimpang dari asasnya dan bertambah mengikut keperluan pemerintah. Dengan berpandukan prinsip Siasah Syari'yyah dan kepentingan umum (maslahah 'ammah), pemerintah Islam telah menggunakan kuasa budi bicara mengembangkan fungsi dan bidang kuasa pelaksana (pegawai) Hisbah mengikut keperluan tempat dan masa.


KEHANCURAN

Contoh pemerintahan lalu sama ada di negeri ini atau di luar negara Malaysia telah membuktikan kepada kita bahawa pemerintahan yang tidak berlandaskan al-Quran dan Hadith akan menuju kehancuran dan akan meninggalkan sejarah hitam. Di atas keinsafan ini Kerajaan Negeri pada hari ini ingin kembali dan bercita-cita dengan penuh tawadhuk tunduk kepada sistem yang telah ditunjuki Nabi s.a.w. dan cuba mengamalkannya sedaya upaya. Kerajaan Negeri telah membuat keputusan menubuhkan Jabatan Hisbah bagi maksud ini. Kajian dari segi perundangan negara telah dibuat dengan teliti dan kita dapati ianya adalah di dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri, menggubal satu enakmen untuk mencapai maksud tersebut. Saya yakin tidak ada pihak-pihak yang merasa terkilan akan dianiaya dalam perlaksanaan Hisbah ini. Saya juga menyeru terutama pihak yang termasuk di bawah bidangkuasa Hisbah negeri Terengganu akan merasa senang hati untuk memberi kerjasama agar perlaksanaan berjalan lancar dan semua pihak akan hidup harmoni dan terlepas dari kemungkaran.

Malah saya sendiri amat bersedia dalam memberikan kerjasama. Untuk mengelak dari tohmahan pihak-pihak yang tidak senang hati dengan peranan Hisbah ini, telah diputuskan bahwa Pesuruhjaya Hisbah yang dilantik akan disahkan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) secara dua pertiga majoriti atas nasihat saya kepada DYMM Sultan. Pesuruhjaya akan hanya bertanggungjawab kepada DUN dalam menjawab dan membereskan tugasnya. Sehubungan dengan adanya Jabatan Hisbah ini saya telah memutuskan bahawa semua keperluan asas Jabatan akan diberikan dengan belanja yang ditanggung oleh kerajaan. Ini termasuk segala kelengkapan siber dan internet yang diperlukan bagi memantau mana-mana jabatan lain di bawah bidangkuasanya. Kerajaan Negeri telah memutuskan pejabat operasinya di tingkat 5 Bangunan Mahkamah Syariah dan akan mempunyai sambungan ke Terengganu Net.

Sebagai dasar pertama dalam prinsip pemantauan ini kerajaan telah memutuskan bahawa setiap kontrak yang Kerajaan Negeri atau kepentingan Kerajaan Negeri terlibat maka adalah menjadi tanggungjawab jentera Kerajaan Negeri itu mengadakan satu perjanjian integriti atau the integrity pact dengan pihak-pihak yang akan bertindak menawarkan kontrak bahawa mereka akan memasuki atau bidding dalam kontrak tidak akan terlibat dengan rasuah dalam semua peringkat kontrak yang mereka masuki. Jika mereka didapati mendapat kontrak tersebut secara yang tidak adil atau ada unsur-unsur rasuah maka kontrak mereka akan menjadi batal dan tidak berkuatkuasa, walaupun keterangan atau maklumat rasuah itu diperolehi selepas kontrak telah tamat.

PETUNJUK

Jabatan Hisbah adalah diberi peranan untuk menyiasat dalam hal ini dan semua saranan akan menjadi kata putus dalam tertegaknya sesuatu kontrak yang telah berjaya diperolehi. Saya kemukakan ini kepada dunia seluruhnya. Inilah pengurusan Islam yang tidak bersedia mengenepikan petunjuk Nabi s.a.w. dan al-Quran bagi mencapai ketrampilan. Pengurusan Islam telah membuktikan keagungannya dan telah mencapai kedudukan yang mengkagumkan. Marilah kita tonjolkan pengurusan Islam ini sebagai alternatif dari fakta kegagalan pengurusan moden kerana jalan penyelamat adalah melalui Institusi Hisbah yang telah masyhur dan terkenal identitinya dalam menegakkan keluhuran nilai etika agama dalam kehidupan manusia. Pengurusan Barat yang longgar dengan kerja-kerja pengawasan rohani dan moral amat memerlukan Hisbah. Kita tidak mempromosikan ajaran Islam tetapi memberi tawaran yang selari dengan kedudukan agama Islam yang diturunkan sebagai rahmat Allah S.W.T. kepada seluruh manusia.

Ini dapat memupuk persefahaman agama yang dituntut oleh ajaran Islam. Hisbah dapat mengembalikan maruah insaniyyah dan menyekat proses merobotkan manusia dalam semua bentuk pengurusan dan pemerintahan manusia. Pengurusan Barat terkini yang melibatkan kemajuan teknologi maklumat (IT) adalah pengurusan dan pemerintahan yang menjadikan manusia yang berpandu pada tujuh 'S' Mckinsey Framework terdiri dari struktur, system, strategy, style (gaya), staff (keanggotaan), skill (kemahiran) dan shared values (nilai-nilai bersama). Hisbah dapat memantapkan ketujuh-tujuh angkubah ini dengan sinaran Allah yang memancarkan nilai-nilai kudus yang lahir dari keimanan sebagai penunjuk kegelapan dan kekeliruan. Pengawasan dilakukan dengan semangat syura, silaturrahim, toleransi (at tasamuh) dan bersifat mendidik serta mengasuh (ta'dib). Tindakan lebih tegas hanya akan diambil bila perlu, mengikut tahap-tahap kesalahan.

Wednesday, April 1, 2009

PANDUAN IBADAH DI MEDEN (Siri 2)

SEKSYEN 5
(PANDUAN DI MARKAS TAKTIKAL ATAU DI PANGKALAN)

14. Waktu Sampai. Markas Taktikal atau pangkalan itu hendaklah dipagarkan dengan Ayat Kursi atau ayat-ayat lain. Cara memagar adalah seperti berikut:

a. Ambil kayu, tongkat atau sebarang alat dan gariskan ke tanah mengelilingi kawasan itu sambil membaca Ayat Kursi sehingga sampai ke garis permulaan.

b. Jika Ayat Kursi itu sudah habis dibaca sedangkan garis permulaan belum sampai, maka baca Ayat Kursi semula dan tamatkan bacaannya pada garis permulaan.

c. Semasa melakukan perkara tersebut, kedudukan badan orang yang menggaris hendaklah berada di sebelah dalam kawasan yang digaris.

15. Jika sekiranya zikir dan doa di Markas Taktikal atau di pangkalan diamalkan, insya Allah kita akan senantiasa berada di dalam keadaan selamat, berjaya zahir batin dari kejahatan manusia, jin atau binatang buas. Antaranya:

a. Zikir pagi petang, baca tiga kali :
أَعُوْذُ ِباللهِ السَّمِيْعِ اْلعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

b. Kemudian baca ayat 21-24 Surah Al-Hasyr :
لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ {21} هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ {22} هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ {23} هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ {24}

c. Baca tiga kali:
أَعُوْذُ ِباللهِ السَّمِيْعِ اْلعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

Maksud Zikir : “Aku mohon perlindungan dengan Allah yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui daripada syaitan yang direjam.”

d. Baca tiga kali zikir ini semoga dijauhi dari kebakaran dan kebinasaan :
أَعُوْذُ ِبكَلِمَاتِ اللهِ التََّامَّاتِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
Maksud Zikir : “Aku mohon perlindungan dengan berkat kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari sebarang kejahatan apa yang Ia ciptakan”

e. Baca tiga kali zikir ini, Insya Allah dijauhi dari racun dan kebakaran :
بِسْمِ اللهِ اَّلذِى لا َيضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِى الاَرْضِ وَلا فِى السَّماَءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
Maksud Zikir : “ Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun mendapat mudarat berserta namanya baik di bumi mahupun di langit.”

f. Baca sepuluh kali zikir ini semoga memudahkan segala urusan kerja serta dijauhkan dari bala:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ وَلا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ ِالا بِاللهِ العَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maksud Zikir : “ Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha pemurah. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha tinggi lagi Maha agung.”

g. Baca tujuh kali zikir ini, insya Allah kerja berat akan jadi mudah :
حَسْبُنَا اللهُ وَ ِنعْمَ الْوَكِيْلُ
Maksud Zikir : “Memadailah Allah untuk kami dan dialah sebaik-baik pelindung.”

h. Baca tiga kali Ayat Kursi (Al-Baqarah: 255):
اللّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ {255}
j. Baca tiga kali ayat ini (At-Taubah: 128-129):
لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ {128} فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ {129}

k. Baca Surah Yasin dan doanya.


16. Meronda atau Keluar Memburu Musuh.

a. Seelok-eloknya mempunyai wuduk.

b. Hukum suci adalah seperti berikut :

(1) Pakaian dihukum suci walaupun dikotori oleh daki, tanah dan peluh.
(2) Hendaklah beristinjak dengan air atau batu ketika buang air.
(3) Dihukum najis bila dikotori oleh najis.

c. Kalau tidak memudaratkan, sunat berazan sebelum keluar.

d. Bacalah zikir secara perlahan waktu mencari, bertemu dan bertempur dengan musuh.


SEKSYEN 6
(PERTEMPURAN)



17. Zikir dan Amalan Bila Bertemu Musuh

a. Musuh lebih daripada seorang :
اَللَّهُمَّ ِإِّنى اَجْعَلُكَ فِى نُحُوْرِ هِمْ وَ اَعُوْذُبِكَ مِن ْشُرُورِهِمْ
Maksud Zikir : “ Ya Allah, Sesungguhnya aku menyerahkan kepadaMu untuk menguasai leher-leher mereka dan aku memohon perlindungan denganmu daripada kejahatan-kejahatan mereka.”

b. Musuh seorang diri :
اَللَّهُمَّ ِإِّنى اَجْعَلُكَ فِى نُحُوْرِ هِ وَ اَعُوْذُبِكَ مِن ْشَرِّهِ
Maksud Zikir : “ Ya Allah, aku menyerahkan kepadaMu untuk menguasai lehernya dan aku mohon perlindungan denganmu daripada kejahatannya,”
c. Diikuti dengan bacaan : (50 kali)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

18. Waktu Berlaku Pertempuran.

a. Baca Doa :
اََللَّهُمَّ اَنْتَ عَضُدِي وَ نَصَرِي وَبِكَ اَحُوْلُ وَبِكَ اَصُوْلُ وَبِكَ اُقَتِلُ اَللَّهُمَّ مُنْزِلَ الكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَ هَازِمَ الاَحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبُّنَا وَرَبُّهُمْ وَقُلُوبُناَ وَقُلُوبُهُمْ بِيَدِكَ وَاِنَّماَ يَغْلِبُهُمْ اَنْتَ
Maksud Zikir : “ Ya Allah, Engkaulah pengukuhku dan pembantuku. DenganMu aku bergerak dan denganmu aku melompat dan denganMu aku berjuang.”
“Ya Allah, Tuhan yang menurunkan al-Kitab dan yang menjalankan awan dan yang memusnahkan angkatan-angkatan. Musnahkanlah mereka dan tolonglah kami untuk menewaskan mereka.”
“Ya Allah Engkaulah Tuhan kami dan Tuhan mereka. Hati-hati kami dan hati-hati mereka dalam kekuasaanmu, sesungguhnya Engkau sahajalah yang mengalahkan mereka.”

19. Zikir Sewaktu Hendak Tidur.

a.
يَااَرْضُ رَبِّى وَرَبُّكِ الله اَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شَرِّكَ وَشَرِّ ماَ فِيْكَ وَشَرِّ ماَ خُلِقَ فِيْكَ وَ شَرِّ ماَ يَدُبُّ عَلَيْكِ اَعُوْذُبِكَ مِنْ اَسَدٍ وَاَسْوَدٍ وَ مِنَ الحَيَّةِ وَاْلعَقْرَبِ وَمِنْ ساَكِنِ الْبَلَدِ َومِنْ وَالِدٍ وَمَا وَلَدْ
Maksud Zikir : “Wahai bumi, Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan apa yang ada padamu dan kejahatan apa yang diciptakan padamu dan kejahatan apa yang melata di atasmu. Aku memohon perlindungan denganmu daripada singa (binatang buas) dan manusia dan daripada ular dan kala jengking dan daripada penghuni tempat ini dan daripada syaitan dan apa yang ia lahirkan.”

b. Baca bismillah sebanyak 21 kali hadiah kepada kaum muslimin.

c. Kemudian baca ayat berikut ke atas kedua belah tapak tangan, dan tiupkan :

(1) Surah Al-Ikhlas قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ sekali.

(2) Surah Al-Falaq قُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّّ الْفَلَقِ sekali.

(3) Surah An-Nas قُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّّ النَّاسِ sekali.

d. Selepas itu disapukan ke seluruh badan yang mana sampai oleh tangan. Buatlah peraturan dari a. Hingga c. Itu sebanyak tiga kali. Insya Allah selamat dari segala bala kejahatan.

20. Doa Balik dari Pertempuran. Lafaznya ialah :
آيِبُوْنَ تاَئِبُوْنَ عاَبِدُوْنَ لِرَبِّناَ حاَمِدُوْنَ
Maksud Doa : “ Kami adalah orang yang telah kembali,golongan yang bertaubat dan
hamba-hamba Tuhan kami serta golongan yang memuji (Tuhan kami).”

Apabila tiba waktu sembahyang sedangkan pertempuran masih berterusan, sembahyang hendaklah dilakukan mengikut cara yang tertulis di bawah Perkara Am Seksyen 9.

PERATURAN DAN PANDUAN IBADAT DI MEDAN

PERATURAN DAN PANDUAN IBADAT DI MEDAN

SEKSYEN 1 AM

1. Ibadat adalah satu amalan agama yang diwajibkan oleh Allah ke atas setiap orang Islam sama ada dikerjakan dengan secara individu ataupun berjemaah. Untuk memenuhi hakikat ini Islam telah memberikan peruntukan dan garis-garis panduan tertentu supaya ibadat kepada Allah ini akan dapat dilaksanakan supaya sesiapa juga tidak mengira keadaan yang dihadapi pada masa itu. Oleh hal demikian anggota Angkatan Tentera adalah tidak terkecuali daripada mengerjakan ibadat tersebut sekalipun di dalam keadaan sedang menghadapi musuh di medan perang.

2. Tujuan risalah ini ialah untuk memberikan peraturan dan panduan bagaimana ibadat Fardu Kifayah dan Fardu Ain dapat dikerjakan semasa berada di medan ataupun sedang bertugas dalam keadaan luar biasa.


SEKSYEN 2

ADAB-ADAB AM MENGIKUTI PEPERANGAN


3. Ada 9 prinsip yang telah digariskan oleh Islam yang merupakan adab di dalam peperangan, yang dituntut oleh syarak adalah seperti berikut:

a. Jangan membunuh musuh dengan cara seksa (Musuh yang dimaksudkan ialah mereka yang tidak berkeupayaan untuk melawan lagi).

b. Jangan membunuh orang awam yang tidak bersalah.

c. Dilarang membunuh tawanan perang.

d. Dilarang melukai manusia dan binatang.

e. Dilarang membinasakan tanaman dan memotong pokok-pokok melainkan sekadar perlu.

f. Dilarang menyembelih ternakan dan binatang melainkan sekadar untuk makanan.

g. Dilarang merogol dan berzina.

h. Dilarang membakar manusia dan binatang.

i. Dilarang mengganggu orang beribadat dan meruntuhkan tempat ibadat mereka seperti gereja dan lain-lain.


SEKSYEN 3

PERATURAN SEWAKTU HENDAK KELUAR BERPERANG


4. Waktu di rumah
a. Berpakaian bersih dan suci.
b. Berwuduk
c. Solat musafir waktu hendak turun rumah.
(1) Lafaz niat:

Sahaja aku sembahyang sunat musafir dua rakaat kerana Allah Taala

(2) Rakaat pertama selepas baca Al-Fatehah baca surah Al-Kafirun

(3) Rakaat kedua selepas Al-Fatehah baca surah Al-Ikhlas

(4) Selepas solat baca ayat Al-Kursi dan suarh Al-Quraish iaitu:

(5) Doa, diambil dari kitab Azkar An-Nawawi, lafaznya:

d. Memberi pesanan kepada ahli keluarga supaya selamat dan dalam kebajikan.

e. Keluar ke operasi/musafir, kalau dielakkan terkena pada hari Jumaat.

(6) Waktu Keluar Rumah

a. Baca doa keluar rumah, lafaznya:

b. Mulakan dengan langkah kanan serta baca bismillah.

c. Sentiasa berwuduk

(6) Semasa dalam perbarisan waktu hendak berangkat.

a. Pegawai Agama membaca doa selamat dan musafir @ perhatian kepada Pegawai Agama, sila tukar dzamir dari mufrad kepada jamak sewaktu berdoa untuk ramai.

b. Anggota-anggota penuh khusyuk mengaminkan.


SEKSYEN 4

PERATURAN DAN PANDUAN DALAM PERJALANAN


7. Naik kenderaan dan di atas kenderaan.

a. Masing-masing membaca doa naik kenderaan.

(1) Lafaz doa naik kenderaan darat/udara.

(a) Alhamdulillah 3 kali
(b) Allahu Akbar 3 kali
(c) Baca doa :

(2) Ketika naik kenderaan air,


8. Dalam perjalanan.

(a) Zikir di dalam perjalanan ialah:

(b) Baca seberapa banyak yang boleh.

9. Naik turun bukit.

(a) Waktu naik bukit bacalah
(b) Waktu turun bukit bertasbih

10. Doa bila nampak kampung.

11. Zikir ketika berhenti rehat dalam perjalanan atau sampai tempat yang dituju.

12. Sembahyang Qasar dan Jamak. Di dalam perjalanan yang belum sampai ke tempat yang hendak dituju, maka di waktu ini Islam mengharuskan sembahyang Jamak dan Qasar. Kaifiat dan syarat-syaratnya lihat bawah tajuk Perkara-perkara Am, Seksyen 9.

13. Doa ketika masuk kampung.


SEKSYEN 4

PANDUAN DI MARKAS TAKTIKAL ATAU DI PANGKALAN


14. Waktu sampai, Markas Taktikal atau pangkalan itu hendaklah di pagar dengan Ayat Kursi atau ayat-ayat lain. Cara memagar adalah seperti berikut:

a. Ambil kayu, tongkat atau sebarang alat dan gariskan ke tanah mengelilingi kawasan itu sambil membaca Ayat Kursi sehingga sampai ke garisan permulaan.

b. Jika Ayat Kursi itu sudah habis dibaca sedang garis permulaan belum sampai, maka baca Ayat Kursi semula dan tamatkan bacaannya pada garisan permulaan.

c. Semasa melakukan perkara tersebut, kedudukan badan orang yang menggaris hendaklah berada di sebelah dalam kawasan yang di garis.

15. Jika sekiranya zikir dan doa di Markas Taktikal atau di pangkalan diamalkan, insya Allah kita akan sentiasa berada di dalam keadaan selamat, berjaya zahir batin dari kejahatan manusia,jin dan binatang buas. Antaranya:

a. Zikir pagi petang, baca tiga kali.

b. Kemudian baca ayat 21-24 Surah Al-Hasyr

c. Baca tiga kali:

d. Baca tiga kali zikir ini semoga dijauhi dari kebakaran dan kebinasaan.

e. Baca tiga kali zikir ini, insya Allah dijauhi dari racun dan kebakaran

f. Baca sepuluh kali zikir ini semoga memudahkan segala urusan kerja serta dijauhi bala:

g. Baca tujuh kali zikir ini,insya Allah kerja berat akan jadi mudah

h. Baca tiga kali Ayat Kursi:

i. Baca tiga kali ayat ini:

j. Baca surah Yasin dan doanya.

16. Meronda atau keluar memburu musuh.

a. Seelok-eloknya mempunyai wuduk

b. Hukum suci adalah seperti berikut:

(1) Pakaian dihukum suci walaupun dikotori oleh daki, tanah dan peluh.

(2) Hendaklah beristinjak dengan air atau batu ketika buang air.

(3) Dihukum najis bila dikotori oleh najis.

c. Kalau tidak memudaratkan, sunat berazan sebelum keluar.

d. Bacalah zikir secara perlahan waktu mencari, bertemu dan bertempur dengan musuh.

Tuesday, March 31, 2009

Solat Khauf (Solat dalam Peperangan)

SEMBAHYANG KHAUF

Sembahyang Khauf ialah sembahyang semasa di dalam peperangan. Peperangan yang dimaksudkan di sini ialah peperangan yang diharuskan oleh Islam. Cara melaksanakan sembahyang Khauf ini ada berbagai-bagai-bagai cara, bergantung pada kemampuan seseorang dan keadaan ketika itu. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

a. Sembahyang ketika tidak berlaku pertempuran (waktu berjaga-jaga)

b. Sembahyang ketika berlaku pertempuran.


SEMBAHYANG KETIKA TIDAK BERLAKU PERTEMPURAN

Dalam masa peperangan tanpa sebarang pertempuran maka sembahyang hendaklah dilakukan mengikut rukun-rukun dan syarat-syarat seperti sembahyang semasa aman. Walau bagaimanapun ketika sembahyang hendak didirikan, hendaklah dipastikan ada kumpulan yang berkawal untuk memastikan keselamatan. Setelah kumpulan yang pertama selesai menunaikan sembahyang maka kumpulan yang berkawal tadi pula mengambil giliran untuk menunaikan sembahyang dan tugas berkawal akan diambil alih oleh kumpulan yang pertama. Mereka boleh sembahyang berjemaah dengan imam yang sama atau imam yang lain.

Sekiranya cara seperti ini tidak boleh juga dilakukan dengan sebab-sebab keselamatan dan sebagainya, maka sembahyang berjemaah boleh dilakukan mengikut cara-cara berikut:

(1) Musuh Berada Di arah Kiblat (Cara Asfan)

Cara Asfan

Sekiranya musuh berada di arah kiblat maka sembahyang berjemaah boleh dilakukan mengikut cara yang dilakukan oleh rasulullah s.a.w ketika baginda berada di sat tempat yang bernama Asfan. Caranya adalah seperi berikut:

1. Jemaah berdiri sekurang-kurangnya dalam dua saf.

2. Tentukan giliran saf untuk berkawal dalam setiap rakaat secara bergilir- gilir.

3. Apabila hendak sujud pada rakaat pertama, saf yang ditugaskan berkawal pada rakaat pertama tadi tidak akan sujud bersama-sama imam bahkan hendaklah berdiri tegak semasa iktidal.

4. Apabila imam bangun daripada sujud untuk rakaat yang kedua, saf yang berkawal pada rakaat yang pertama tadi terus sujud dan bangun berdiri untuk menyempurnakan rakaat yang kedua bersama-sama imam

5. Apabila imam hendak sujud pada rakaat kedua maka saf yang ditugaskan untuk berkawal pada rakaat kedua tidak akan sujud bersama dengan imam bahkan hendaklah berdiri dan berkawal semasa iktidal.

6. Ketika imam duduk membaca tahiyat, maka saf yang berkawal akan sujud dan duduk membaca tahiyat bersama-sama dengan imam dan seterusnya menyempurnakan sembahyangnya sehingga selesai.

7. Cara yang sama dilakukan untuk sembahyang yang lebih dari dua rakaat seperti sembahyang Maghrib. Tugas kawalan boleh juga diberikan kepada saf yang ketiga, keempat dan seterusnya bergantung pada jumlah saf yang ada.

b. Syarat-syarat untuk melaksanakan sembahyang Khauf mengikut cara ini adalah seperti berikut:

1. Musuh berada di arah kiblat.

2. Tempat sembahyang hendaklah tinggi.

3. Bilangan musuh dianggap sedikit (tentera kita lebih ramai)

4. Musuh tidak kelihatan sebelum mendirikan sembahyang.

(2) Musuh berada bukan di arah kiblat (arah belakang)

Sekiranya musuh berada bukan di arah kiblat, maka sembahyang berjemaah boleh dilakukan dengan dua cara:

Berjemaah dengan seorang imam

Cara berjemaah dengan seorang imam ini adalah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w di sebuah tempat bernama Zaatur Riqa` di daerah Najd dan Yaman. Caranya adalah seperti berikut:
a. Bahagikan jemaah dalam dua kumpulan yang sama banyak dan tentukan giliran untuk berkawal.

b. Pastikan tempat untuk berkawal dalam jarak antara 20 hingga 30 meter dari tempat sembahyang.

c. Kumpulan pertama akan berjemaah bersama-sama imam pada rakaat yang pertama. Apabila imam masuk ke rakaat yang kedua maka kumpulan pertama akan niat mufaraqah (niat tidak ikut imam) dan terus menyempurnakan baki rakaat sembahyangnya sehingga selesai dengan bersendirian. Ketika ini imam akan terus dalam keadaan berdiri (qiyam).

d. Apabila kumpulan pertama telah selesai memberi salam maka mereka akan menggantikan kumpulan kedua yang sedang berkawal untuk membolehkan kumpulan yang kedua tadi mendirikan sembahyang bersama-sama dengan imam yang sedang menunggu di tempat sembahyang.

e. Kumpulan kedua akan berjemaah bersama-sama dengan imam. Semasa imam membaca tahiyat akhir, kumpulan yang kedua akan terus berdiri untuk menunaikan rukun-rukun sembahyang dalam rakaat yang kedua secara bersendirian manakala imam akan menunggu dalam keadaan tahiyat.

f. Setelah semua jemaah selesai menyempurnakan rakaat yang kedua maka barulah imam memberi salam.

Syarat-syarat untuk melaksanakan sembahyang cara ini adalah seperti berikut:

a. Musuh bukan berada di arah kiblat.

b. Tentera musuh dianggap sedikit.

c. Tiada merasa aman atau selamat semasa mendirikan sembahyang.

d. Musuh tidak kelihatan sebelum mendirikan sembahyang.


Sembahyang cara ini dilakukan oleh rasulullah s.a.w ketika baginda berada di sebuah tempat bernama Batnul Nahli adalah seperti berikut.

1. Bahagikan jemaah kepada dua kumpulan yang sama banyak.

2. Tentukan giliran untuk berkawal.

3. Pastikan tempat untuk berkawal dalam jarak antara 20 hingga 30 meter dari tempat sembahyang.

4. Kumpulan yang pertama akan bersembahyang bersama-sama imam hingga selesai sementara kumpulan yang kedua akan berkawal di tempat yang telah ditentukan.

5. Apabila kumpulan pertama telah selesai sembahyang maka mereka boleh mengambil tugas berkawal untuk membolehkan kumpulan yang kedua mendirikan sembahyang.

6. Kumpulan ini boleh berjemaah dengan imam yang mengimamkan kumpulan pertama tadi. Sembahyang kali kedua bagi imam tadi adalah dihukumkan sunat dengan tujuan untuk meraikan jemaah kumpulan kedua. Walau bagaimanapun kumpulan kedua ini juga boleh berimamkan imam yang lain sekiranya ada.


SEMBAHYANG KETIKA BERLAKU PERTEMPURAN

Sembahyang ini dinamakan juga dengan sembahyang “Shiddatul Khauf” iaitu ketika berlaku pertempuran yang berpanjangan yang melibatkan waktu sembahyang, maka ketika itu boleh dilakukan mengikut kemampuan seseorang itu. Memadai menggunakan isyarat atau gerak hati dan di waktu sujud dan rukuk hendaklah diusahakan agar menundukkan kepada ketika sujud lebih rendah daripada rukuk sementara rukun-rukun lain boleh ditinggalkan sekiranya sukar dilakukan.

Sembahyang Shiddatul Khauf ini tidak disyaratkan untuk menghadap kiblat dan juga tidak perlu qada` apabila suasana telah aman.

Sekiranya seorang anggota sedang sembahyang tiba-tiba dia diserang oleh musuh yang memerlukan dia bergerak ke tempat lain untuk menyelamatkan diri, maka dia boleh meneruskan sembahyang dengan syarat berikut:

a. Tidak memutuskan niat sembahyang satu niat berhenti sembahyang ketika itu.

b. Tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan sembahyang Shiddatul Khauf kecuali berlari atau bergerak dengan banyak.

c. Rukun-rukun sembahyang boleh dilakukan dengan isyarat menggunakan mana- mana anggota badan.

d. Sekiranya ketika itu telah beredar itu ia merasa selamat maka wajib ia menyempurnakan rukun-rukun sembahyangnya seperti biasa.
e. Haram membatalkan niat sembahyang ketika ini kecuali berlaku perkara-perkara yang membatalkan sembahyang Shiddatul Khauf.

Sembahyang Shiddatul Khauf ini boleh dilakukan sebanyak dua rakaat kecuali sembahyang Mahgrib hendaklah disempurnakan tiga rakaat. Ia tidak disyaratkan seperti syarat-syarat sembahyang Qasar tetapi ia dibolehkan berdasarkan kepada suasana peperangan ketika itu.

Sembahyang Dalam Keadaan Berjalan

Seorang anggota yang sedang berjalan kaki dan tidak boleh berhenti dengan sebab-sebab yang diharuskan seperti mengelakkan musuh dan sebagainya maka ketika dia berjalan itu boleh menunaikan sembahyang dengan syarat-syarat seperti berikut:

a. Permulaan takbir hendaklah mengadap kiblat.

b. Teruskan berjalan sambil melaksanakan rukun-rukun `qauli` (perkataan) semasa berjalan.

c. Ketika hendak melaksanakan rukun-rukun fi`li (perbuatan) seperti rukuk dan sujud maka dia hendaklah berhenti sekejap dan menghadap ke arah kiblat dan teruskan rukuk dan sujud.

d. Setelah selesai menunaikan rukun di rakaat pertama, ia boleh meneruskan perjalanan dan melaksanakan pula rukun-rukun qauli untuk rakaat yang kedua sambil berjalan. Apabila sampai waktu untuk melaksanakan rukun fi`li rakaat yang kedua maka dia hendaklah melakukan proses seperti mana di rakaat yang pertama tadi.

e. Tasyahud (tahiyat) boleh dilakukan sambil berjalan.

f. Sewaktu berjalan elakkan dari melakukan pergerakan yang banyak seperti berlari- lari, menghentak kaki, mengayun atau melenggangkan tangan.

g. Jangan sengaja memijak najis atau berjalan di tempat-tempat yang cemar,lembap dan bernajis. Walau bagaimanapun ini tidak diberatkan sangat hingga bersusah payah mengawal tempat yang sukar dielakkan terutama ketika berada di dalam hutan.

h. Sekiranya telah sampai di tempat yang dituju sedangkan sembahyangnya belum selesai maka dia hendaklah berhenti dan menghadap kiblat dan terus menyempurnakan sembahyangnya hingga selesai. Sekiranya ketika ini dia tidak menghadap kiblat maka sembahyangnya batal.

i. Ketika berjalan, rukun-rukun sembahyang boleh dilakukan dengan isyarat dari mana-mana anggota badan dengan syarat terlalu sukar untuk mengerjakan rukun-rukun tersebut seperti membawa bebanan yang berat dan sebagainya.

j. Sembahyang dikira batal sekiranya dia berhenti dengan sebab hendak membeli barang, berbual-bual, makan, minum, tidur atau melakukan perkara-perkara yang membatalkan sembahyang.


Sembahyang Ketika Mengejar Atau Dikejar

Seorang anggota yang sedang mengejar musuh dan takut kehabisan waktu sembahyang maka ketika itu dia boleh mengerjakan sembahyang dengan cara isyarat walaupun sedang berjalan dan tidak ke arah kiblat. Hukum ini sama juga dengan orang yang sedang berlari menyelamatkan diri atau keluarga atau harta bendanya daripada mendapat sebarang bencana sama ada dari musuh, binatang buas ataupun banjir.

Sembahyang Menghormati Waktu

Sembahyang ini didirikan oleh seorang yang terhalang oleh sesuatu sebab sehingga dia tidak boleh melaksanakan rukun-rukun sembahyang seperti biasa. Sembahyang ini pada umumnya dilakukan syaratnya.

Keadaan yang menghalang ini seperti berada di dalam kenderaan atau kapal terbang yang tidak menghadap kiblat, sukar untuk berwuduk kerana ketiadaan air atau tayamum seperti tersangkut di atas pokok atau terperangkap di dalam lubang batu. Tiada kain untuk menutup aurat ataupun ketika berada di dalam tahanan yang tidak ada peluang untuk bergerak.

Apabila seseorang itu berada di dalam suasana di atas maka dia boleh mendirikan sembahyang dengan cara yang mampu, mungkin sama ada dengan isyarat atau gerak hati sekadar untuk menghormati waktu sembahyang ketika itu.

Perlu diingatkan bahawa apabila seseorang itu mendirikan sembahyang menghormati waktu maka ini tidak bermakna telah terlepas daripada tanggungjawab melaksanakan sembahyang tersebut bahkan dia perlu menggantikannya (qada`) apabila keadaan telah tenang atau pulih seperti sedia kala.

Permulaan Mencipta Blog

Layari http://www.blogspot.com/

Masukkan username : dan password : username dan password tu sama dengan username dan password pada akan gmail.

1. Dah dapat tu….cari Create a Blog [ atas bahagian kanan ]

2. Pilih BLOG TITLE.. : contoh AKU SEDANG BELAJAR

3. Pilih BLOG ADDRESS (URL) : contoh http:akusedangbelajar dan dan klik check availability..

4. Buat WORD VERIFICATION

5. Pilih continue di bahagian bawah

6. Kemudian CHOOSE TEMPLATE

7. Pilih mana2 dulu…

8. Continue

9. Dapatle mcmni

10. Kemudian Start blog..

11. Taip tajuk pada TITLE..

12. Lepas tu taip- dan pilih publish….

13. Klik kt view blog dan dapatle.. nanti..

14. Ko cuba mcm tu dulu…

15. Dan ko test funtion2 lagi…

16. Nanti aku ajar lagi..